Home

Wednesday, 1 January 2014

GoodBye2013!!!

Good Bye 2013 & Welcome 2014!!!



Good Bye 2 series & Welcome 3 Series!!!

Semasa menulis entry ni tahun 2013 telah dilabuhkan beberapa minit yang lalu dan tahun 2014 membuka lembarannya...

Tahun 2013 bagi diri aku sendiri byk yang terisi di dalamnya..dari duka, frust tertonggeng, gembira sehinggalah perkara yang tidak pernah aku fikirkan akan terjadi...

Menyorot kembali di permulaan tahun 2013...aku mgkn lupe kepada azam yang telah ditetapkan untuk tahun itu...ataupun aku tidak mempunyai azam yang spesifik yang membolehkan aku untuk lebih maju ke hadapan berbanding tahun sebelumnya...apa yang kebiasaannya diletakkan dalam kotak fikiran setiap kali tahun baru adalah untuk lebih baik daripada tahun sebelumnya...itu adalah visi tetapi misinya tidak pernah dirancang...apakan lagi untuk dilaksanakan...itulah aku yang sememangnya tiada target atau matlamat dalam hidup ini....hanya mengikut apa yang telah ditetapkan...

Awal permulaan tahun 2013 sememangnya sungguh perit untuk dikenang...sehingga aku terduduk seduduknya dengan apa yang telah berlaku...meleset drp yang aku jangkakan walaupun aku telah menjangka perkara itu akan berlaku...aku sememangnya keliru dengan apa yang aku lakukan dan apa yang telah ditakdirkan sejak aku lahir...mungkin....

Menyayangi seseorang dengan sepenuhnya mungkin antara kesilapan terbesar yang aku telah lakukan kerana seakan-akan tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan...daripada kawan rapat, kawan gelak ketawa, kawan berpoyo kemudian wujudnya kasih sayang yang tidak diduga walaupun atas nama bff...apabila diri ini tidak diterima olehnya, seakan-akan hidup ini telah padam...menyebabkan aku terDUDUK...menangis...dan......sejak peristiwa itu, aku terus memutuskan hubungan dengannya agar mata ini tidak mengalirkan air mata lagi dan hati ini terus membina ketabahan yang mungkin akan diuji suatu hari kelak...suatu hari yang aku harapkan lebih lama utk tiba...oh Cinta!!! Lamaran pertama yang keluar dari mulutku...

Sejak peristiwa itu berlaku, kehidupan diriku dapat aku warnakan utk diingati...terus ditimpa 'kemurungan'...dari hajat untuk meminang gadis sehinggalah pinangan aku ditolak...tapi semua itu mengajarku erti kehidupan yang realiti...abes bab 'Jodoh'...

Tahun 2013 juga byk yang telah aku tukar....hehehe...pertama, kereta Proton Persona yang aku janji pada diriku utk menggunakannya sehingga abes loan, terpakse aku lepaskan kerana byk memori aku dan si dia terpalit di dalamnya..dari memori kereta rosak sehinggalah diri ini ditolak...

Kedua, aku berniaga...haha...menjual barang baby yang aku rase hanya seswai untuk kaum hawa...idea ini timbul setelah hidup aku rasa kosong setelah 'ditolaknya' dan bagi melupakan apa yang telah terjadi...maka aku approach kakak aku yg telah berbiznes online utk join bersama...sehingga kini byk yang aku belajar darinya...cara berkomnukasi, membiasakan diri dengan kaum yang bertentangan dengan jantina aku (aku ni pemalu ngan pompuan...haha), menghargai setiap ringgit, membuang rasa rendah diri, menolong orang dan yang paling aku suka adalah aku telah mencipta sejarah yang aku seorang perniaga..haha..poyo...sebenarnye idea ini jugak bersangkut paut dengan kereta...idea ni timbul bilamana aku berhajat utk menukar kereta..oleh kerana kereta yang aku idamkan memerlukan komitmen bulanan yg lebih tinggi, maka aku setkan keuntungan biznez ni untuk cover kenaikan komitmen yang perlu aku tanggung..maka, untung bisnes utk byr kereta baruuuuu....hampeh!!!

Ketiga, aku berjaya tukar diri aku yang takut dengan risiko kepada yang berani cuba mengambil risiko...dengan tidak sengaja aku 'bertemu' dengan seorang pelabur hartanah melalui tulisannya...buat pertama kali buku berkaitan hartanah menarik minat aku sehingga bacaanku sehingga 1-2 pagi setiap hari...hingga demam aku dibuatnya...sejak dari itu, aku telah 'meletihkan' diri untuk menelaah portfolio ini...maka timbul idea dan matlamat 10 tahun...syukur alhamdulillah kerana secara tidak langsung aku terjebak dan mempunyai sgt sedikit pengalaman untuk dicalit pada diri ini berkenaan hartanah...bidang yang kaum pribumi tidak byk yang menceburinya...

Sebenarnya byk yang aku nk kongsi dengan diri aku (sebab aku je yg bace blog ni) perihal tahun 2013..tapi oleh sebab dh kol 1 pagi, ketahanan mental aku semakin menurun...maka aku xdpt berfikir dengan waras...perenggan di atas aku hanya type dalam keadaan yang tidak waras dan takde idea....wakakaka..ngantok gelllllll!!!

Day 365 (hari terakhir 2013) aku dh buat onar...pertama kali dengan beraninya...tunggu aku di entry yang akan datang..really exhausted!!!!

Gambate!!!     


No comments:

Post a Comment