Home

Wednesday, 4 June 2014

Rahsia-ASB-Loan(5)

Salam Petang Khamis....

Setelah membongkarkan rahsia ASB Loan untuk mendapatkan cash yang agak banyak berbanding simpanan biasa dalam tempoh 5 tahun, entry kali ini aku nk kongsi another rahsia yang didedahkan Bro Ezwuan dalam memanipulasi ASB Loan ni...teknik kali ni bukan semata-mata untuk mendapatkan cash untuk 'berjoli2' tapi untuk langsaikan Housing Loan dalam tempoh yang sangat singkat...jom terjah!!!!

Teknik ni aku panggil 'Teknik Makan Dalam Rumah'....hahaha...apekobondola name tuh....maen belasah ajo...wakakaka...tapi teknik ni aku ssh sket nk explain sbb masih kabur2...i'll try ok...

Macam yang pnh aku mentioned before, teknik ni target die adalah untuk langsaikan hutang rumah secepat yang mungkin...klu utk rumah sendiri (duduk) better langsaikan cepat berbanding rumah utk investment (lagi panjang tenure, lagi bagus utk minimumkan installment kpd bank..so, boleh maximumkan positif cashflow)...

Jadi, teknik ni memerlukan kite buat 2 pinjaman iaitu Housing Loan dan ASB Loan...buat Housing Loan dulu kemudian bile loan dh approved baru mohon ASB Loan...secara ringkas, teknik ni kita nak kontrakan antara cash yang kite dapat bile tamatkan ASB Loan dan baki Housing Loan pada tempoh tertentu...so, timing sgt penting dlm menentukan tempoh untuk melakukan teknik ni...jgn lupe installment housing loan jgk perlu diambil kire yang mana perlu sama atau lebih kurang dgn installment ASB Loan....

ASB Loan
Jumlah Pinjaman: RM200k
Tempoh: 25 tahun
Kadar Faedah: 4.95% (BLR=6.6%)
Bayaran Bulanan: RM1,164

Untuk teknik ini, kite amek contoh Housing Loan sebanyak RM270,000 dengan interest 4.4% (secara kasar) dan tempoh pinjaman selama 30 tahun....maka installment bulanannya adalah RM1,352.05 (lebih tinggi RM188.05 berbanding installment ASB Loan)...jadi dengan ini kite kene add lbh kurang RM200 sebulan utk menyamai installment Hosing Loan bagi...perlu diingat, apabila kita dh buat 2 jenis pinjaman, maka kite kene bear 2 installments...nmpk mcm beratkan??? TAPI ade penyelesaiannya....

Jgn lupe setiap org yg bekerja mesti ade akaun KWSP/EPF kan (tapi akaun EPF aku dh kosong sbb berjoli) dan ramai jugak yang xtahu yg kite sbnrnye boleh kuarkan duet drp akaun 2 KWSP utk byr installment Housing Loan...so, dengan solution ini bebanan utk membayar 2 installment pinjaman dpt dikurangkan kpd 1 installment saje....

Maka, untuk tahun pertama pinjaman, kita hanya perlu membayar 1 je installment iaitu isntallment pinjaman ASB sebanyak RM1,164 dan byrn bulanan Housing Loan pula menggunakan akaun 2 KWSP (RM1,352.05)...Bagi tahun kedua hingga seterusnya pulak, installment ASB dibayar menggunakan dividen ASB (paling kurang berdasarkan rekod adalah RM16,000 setahun-dividen 8% per year)...untuk bayaran bulanan Housing Loan pulak, kite kene keluarkan RM1,352.05 plus RM200 (RM1,502.05)...tambahan RM200 tu kite boleh cekup from lebihan dividen ASB (if dividen ASB tidak kurang daripada 7%)...stakat ni kadar paling rendah dividen + bonus adalah 8.5 sen seunit (RM17,000)...bole refer kat SINI ... klu ikutkan kadar agihan dividen paling terrendah tu, kite ade lebih  RM600 (lps byr installment ASB Loan-RM14k & RM2,400 untuk tambahan bulanan RM200 untuk installment Housing Loan)....

OkEYY...seterusnya kite ulangi teknik ini sehingga tahun ke-16...stop ASB Loan lps dpt dividen tahun ke-16 dan langsaikan Housing Loan selepas itu...nape kene buat sume ni lps tahun ke-16??? sbbnya baki Housing Loan hampir sama (malah kurang) berbanding cash yang akan diperolehi selepas kite stop ASB Loan (Dividen + Principal) pada tempoh yang sama....contoh die spt kat bawah:

Pengiraan Housing Loan


Baki Housing Loan (RM113,767.11) Selepas tahun ke-16 (192 bulan) sebanyak RM113,767.11

 Pengiraan ASB Loan


Baki ASB Loan Selepas Tahun ke-16 (bulan ke 192) adalah sebanyak RM101,222.34

Oleh itu, cash (principal ASB) yang akan diterima selepas kita tamatkan Loan ASB selepas tahun ke-16 (lps dividen diisytiharkan) adalah RM98,111.66....dan jumlah keseluruhan cash yang akan kite terima adalah RM114,111.66 (jgn tambah lupe dividen tahun ke-16 sebanyak RM16,000 jika kadarnya adalah 8%)....

So, kite rumuskan selepas tahun ke-16:

Baki Housing Loan : RM113,767.11
Cash Diperolehi (ASB) : RM114,111.66
Lebihan Cash : RM344.55

So, amek RM114k tu pi kambus RM113k tuh...yeayyyy!!! Housing Loan dh abes....jimat 14 tahun...kan mudah tu....senyummm...xperlu kata apa2....sekali lagi nk igtkan...SABAR & DISPLIN....2 perkara yang PALING PENTING dalam pengurusan kewangan!!!!!


Gambate!!!

No comments:

Post a Comment