Taraaaaaaa......
Sebelum masuk tidoq,
nk refresh minda berkenaan status sesuatu property iaitu pegangan bebas (FH)
ataupon pajak (LH)
Freehold (FH) dan Leasehold (LH)
adalah 2 istilah yang agak penting dalam pelaburan hartanah. Kebanyakan
individu yang ingin membeli rumah masih tidak tahu perbezaan antara kedua2 term
ni....
FREEHOLD
Freehold atau pegangan bebas adalah
tanah di mana pemiliknya memiliki tanah itu untuk tempoh untuk selama-lamanya
sampaila kiamat...hehehe....pendek kate, pemilik ini memiliki tanah tersebut
forever tanpa tertakluk kpd pemulangan semula kepada kerajaan.....
LEASEHOLD
Leasehold atau pegangan berstatus
pajakan adalah jenis pegangan ke atas hartanah itu untuk satu tempoh yang telah
ditetapkan. Biasanye masa pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri/pejabat
tanah adalah 99 tahun....itu standard...
Untuk leasehold, persoalan utama yang
sering bermain di fikiran pembeli adalah apa yang akan terjadi sekiranya tempoh
pajakan tersebut tamat...if pajakan tanah tersebut tamat, tanah itu akan
dikembalikan kepada kerajaan negeri...tapi jarang berlaku senario ini kerana
pemilik hartanah akan diberi peluang untuk renew tempoh pajakan tersebut dengan
membayar sejumlah premium mengikut kadar nilai hartanah semasa....untuk
memperbaharui pajakan tanah, pemilik tidak perlu untuk menunggu sehingga tempoh
pajakan tamat.....apabila baki tempoh masih tinggal 30-50 tahun, pemilik tanah
sudah boleh untuk memperbaharui tempoh pajakan...klu xrenew nnt kene
saman...kikiki
Bagi aspek pelaburan plak, status tanah ni xbape
penting sbb tujuan pembelian adalah untuk disewakan atau dijual
semula...logiknye, tempoh 99 tahun tu mustahil utk dicapai oleh seseorang sbb
tuan py tanah tu dh masuk tanah dulu...kikiki...so, tempoh tu akan otomatik jd
99 tahun bile ade pembeli baru....klu nk duduk sendiri dan buat warisan,
perkara ini mgkn perlu dititik beratkan tapi xde masalah sgt sbb boleh
renew...yang kene renew anak cucula sbb hartanah tu mungkin diwariskan kpd
mereka...hehehe...
Gambate!!!
No comments:
Post a Comment