Cakkkkk......
Sekali
lagi aku copy n paste posting kali ini drp otai hartanah iaitu tuanbri....selamat menjamu mata ^_^
7 Langkah menjadi Agen Hartanah Power!
1)
Kenalpasti Apa Erti Hartanah kepada anda
Tulis
atas sekeping kertas apa yang anda faham mengenai hartanah. Apa maksud
hartanah, apa pengalaman anda, apa pengetahuan anda dalam hartanah. Sila tulis
“Kenapa hartanah itu penting, pada pendapat saya ?” Ini akan menjadi motivasi
harian anda apabila anda bermula menjadi seorang agen hartanah
2)
Tulis Senarai perkara yang anda tidak suka mengenai Hartanah
Tulis
perkara yang anda tidak suka supaya anda ingat akan perkara yang anda tidak
suka. Cth : telefon orang tengah tengah malam. Perkara yang anda ingin ubah
sekiranya anda terlibat dalam hartanah.
3)
Tetapkan Sempadan Anda
Setelah
anda tulis erti hartanah kepada anda dan Perkara yang anda tidak mahu buat,
TETAPkan sempadan anda. Contoh, anda akan memberi servis yang terbaik kepada
pemilik rumah. (Dalam masa 5 minit sahaja). Tulis atas kertas. Bahagikan 2
kolum. Satu kolum anda tulis APA yang anda akan lakukan untuk Klien anda, dan
satu kolum lagi ialah perkara yang kllien anda buat tetapi anda tidak akan
terima.
4)
Faham konsep Rujukan dan menerima seadanya
Konsep
Rujukan adalah satu konsep yang begitu POWER dalam menjadi agen hartanah.
Apabila anda memberikan khidmat yang terbaik kepada klien anda, klien anda tadi
akan mengesyorkan anda kepada saudara-mara dan rakan taulan. Anda harus terima
sahaja Rujukan tersebut. dengan hati yang
terbuka.
5) Reka
strategi Ciptaan
Mencipta
strategi bagi perkara yang mungkin berlaku merupakan satu teknik yang POWER
juga dalam menjadi agen hartanah. Bukan semestinya kita tunggu perkara tersebut
berlaku, kita sepatutnya telah mempunyai jalan dan cara-cara untuk mengatasi
masalah yang berlaku kerana kita telah mereka strategi tersebut terdahulu!
6) Plan
Pemasaran terbuka dengan sendirinya
Hahahaha…apabila
keazaman anda dan kejituan anda dan ikut hati, bukan kepala dipaktikkan secara
konsisten….lama kelamaan akan terbuka sendiri plan pemasaran yang POWER untuk
agen hartanah. Anda akan sentiasa dirujukkan, anda akan sentiasa menjadi
perbualan orang disebabkan perkara yang anda telah tulis di peringkat awal
langkah ini…
7) Elak
ambil SHORT Cut
Ketahuilah
dalam hidup ini, tiada jalan pintas….ada saya pernah terbaca, Jalan Pintas Ke
Arah Hartawan Hartanah….. sedangkan yang TERKENAL di seantero industri
pelaburan hartanah ialah 4 Langkah Ke Arah Hartawan Hartanah oleh Tuanbri.Com
dan Satu Solution Corp. KUNCI kepada kejayaan ialah mewakilkan tugas kepada
pekerja anda.(delegation) sedangkan anda BUAT apa yang anda betul betul minat
iaitu menjadi seorang agen hartanah yang POWER!
Gambate!!!
No comments:
Post a Comment