Home

Monday, 24 March 2014

CapitalAppreciation!!!


GogogoGo.....

Klu korang bace tajuk dulu, konpem terpikir posting ni berkaitan ngan property atau stock....term ni sgt sinonim dgn 2 mendalah tu...Petang yang agak suram ni terasa nk tulis berkaitan ‘Capital Appreciation’ slps terbace kat salah 1 blog....so, aku adaptasi sket2 topik nih...hmmmm....xde idea ekceli...

Okesss....’Capital Appreciation’ ni maksud mudah adalah peningkatan dalam modal dalam harga pasaran...xkirelah samada dalam hartanah ataupon saham...ia adalah satu peningkatan dalam nilai berbanding harga asal…contohnye, arini kite beli umah harganya adalah RM1 juta...next year, bile value balik, harganya naik RM1.5 juta...so, RM0.5 juta adalah ‘appreciation’ selama 1 tahun...Peningkatan harga ni disebabkan pelbagai faktor...most popular adalah berkaitan permintaan dan penawaran (permintaan melebihi penawaran)…Sebelum tu, next penceritaan adalah berkaitan dengan hartanah semata2...berkenaaan saham, aku kurang arif byk...ngeeee...

Back to the topic...faktor  yang menentukan sesuatu permintaan adalah ialah LOKASI, KEMUDAHAN, HARGA, PEMAJU, PAKEJ, KESELESAAN, KESELAMATAN dan pelbagai lg faktor sampingan seperti access keluar masuk...pelabur yang bijak akan mengenalpasti perkara ini dengan gabungan menarik bagi memastikan sasaran keuntungannya tercapai…ada skill tersendiri dalam pemilihan ini dan ia perlu dilengkapi dengan ilmu risk management....

Selain itu, faktor inflasi jgk memainkan peranan… Inflasi dalam bahasa mudah faham ialah penurunan nilai matawang… Nilai wang menurun apabila bekalan wang meningkat dan akhirnya berlaku kenaikan harga bahan binaan, upah, kos tanah, kos buruh, permit, yuran, cukai dan macam2 lagik…sumela naik… jgn naik gile suda...kikiki...Ekceli, inflasi di Malaysia ni masih dlm kawalan iaitu dalam 2-3% setahun...tapi sejak 2 menjak ni, inflasi naik macam laju jerkkk...huhuhu....contoh inflasi cmni...arini kite beli kepok lekor singgit, bole dapat 5 batang...tapi bln depan klu beli singget, kite dpt 4 batang jer...klu nk 5 batang gak, kenela tambah duit...bermaksud, kuasa beli kite menurun..itulah maksud inflasi...hehehe
Kenaikan harga hartanah juga disebabkan oleh perubahan dasar atau undang-undang kerajaan atau Bank Negara terhadap hartanah... contohnye Bank Negara melonggarkan syarat pinjaman...maka org ramai makin mudah buat pinjaman…apalagas, owner naikkanla rege umah yg nk dijual... makin ramai orang nak pinjam.. makin cepat kadar kenaikannya...
Kita jugak boleh meningkatkan nilai hartanah dengan membuat penambahbaikan atau renovation pada hartanah tersebut….contohnya, pemasangan tiles, kitchen cabinet, bumbung yang baru, extend dapur/balkoni, taruk  lanskap dan lain-lain yang boleh menarik utk org membeli...

Kawasan yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi jugak menyebabkan nilai hartanah cepat naik..mane taknye, org berebut2 cari tempat tinggal yg dekat ngan opis...maka, permintaan yg tinggi akan menyebabkan nilai hartanah naik...
Ni satu lagik....Kawasan yang byk universiti atau pusat pengajian jugak memainkan faktor yg sgt significant...boleh lihat kat Shah Alam...rege rumah xpayah nk ckpla...skg ni ramai yg dh masuk uni...celik2 belaka...pihak uni pon dh xmampu nk tampung kediaman utk setiap pelajar...so, pelajar akan bertebaran cari umah...faktor ni mmg aku dh rase mase belajar dulu...bile ty jiran sebelah, sejak bdak UiTM duduk luar, sewa dh makin naik...secara xlangsung, harga pon akan naik sbb ramai yg nk beli umah utk disewakan kat student UiTM...huk3....

Selain tu jugak, kemudahan di kawasan persekitaran seperti berdekatan pusat membeli-belah, sekolah, taman-taman, masjid (bagi kaki surau dan selalu ingatkan kematian), kemudahan infrastruktur jugak akan menyebabkan nilai hartaah naik...especially kawasan penempatan baru…klu xcaye try test...beli mase construction, bile siap je teros jual...sbb tu lah Bank Negara naikkan RPGT (tax) sbb ramai yg nk cpt untung gune teknik sebegini...aiyaaaaa....

Kawasan berhampiran dengan sekolah, bomba, hospital, balai polis, pejabat perkhidmatan awam lain jugak mempercepatkan kenaikan nilai hartanah...kelebihan kawasan yg ade bende2 cmni adalah kawasan sebegini selalunya akan dijaga oleh pemerintah…jalan slalu maintain, pokok bunge tanam byk2, lanskap dan lain2...
Bagi pelabur yang berpengalaman, gabungan pelbagai faktor ni diambil kira…dia akan fokos kepada apa yang dia target…

Akhir kata....

Gambate!!!

No comments:

Post a Comment