Home

Monday, 24 March 2014

AnalisiSaham!!!

Salammmmm...

Pes time aku bg salam kat blog nih...sbbnye blog aku ni bukannye ade org bace pon...kikikiki...So, tadi 'berlayar' kejap utk cari mood buat keje...rase sayu jer pagi nih...hujung minggu yg tragis...isk isk sik... dlm syok berlayar, terbukak satu blog nih...cite psal menganalisis harga saham menggunakan surat khabar (The Star)...sgt2 kebetulan aku mmg tgh cari info cmne nk bace 'ruangan saham' kat paper ni..dh lame tertangguh...alhamdulillah, Allah tunjukkan pada hari ini...So, aku tempekkan ringkasan caranyer utk tatapan aku (sbb xde org bace pon blog cabuk nih)...hehehe =)

Keratan paper The Star
 

Bil.
Maklumat
Maksud
1
High (dalam 52 minggu)
Harga tertinggi bagi saham tertentu dalam setahun
2
Low (dalam 52 minggu)
Harga terendah bagi saham tertentu dalam setahun
3
Code
Sistem nombor unik untuk mengenalpasti saham tertentu
4
Shares
Kaunter saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia
5
Close
Harga tutup jam 5 petang semalam
6
+/-
Simbol untuk kenaikan dan penurunan harga saham untuk hari tertentu
7
Vol ('00)
Jumlah saham bertukar tangan. Lagi banyak lagi aktif saham tersebut.
8
PE (Price Earnings Ratio)
Harga saham dibahagikan dengan 'Earning Per Share Syarikat'. Membolehkan anda membuat perbandingan prestasi syarikat dalam industri. Lagi rendah nilai PE, lagi baik.
9
DY (Dividend Yield)
DividendYield memberi saham yang dibeli. Lagi tinggi lagi baik sesuatu kaunter itu.
10
High (pada hari dagangan)
Harga saham tertinggi pada hari dagangan tertentu.
11
Low (pada hari dagangan)
Harga saham terendah pada hari dagangan tertentu.


Ni plak untuk warrant (ape ntah warrant nih...heheheh)
 


Bil
Maklumat
Maksud
1
HIgh (dalam 52 minggu)
Harga tertinggi bagi saham tertentu dalam setahun
2
Low (dalam 52 minggu)
Harga terendah bagi saham tertentu dalam setahun
3
Codes
Sistem nombor unik untuk mengenalpasti saham tertentu
4
Shares
Kaunter saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia
5
Close
Harga tutup untuk sesuatu saham pada hari dagangan tertentu
6
+/-
Simbol untuk kenaikan dan penurunan harga saham untuk hari tertentu.
7
Vol ('00)
Jumlah saham bertukar tangan sesuatu hari
8
Ex-Price
Harga tukaran seunit saham induk
9
Expiry
Tarikh luput sesuatu saham. Mesti jual atau tebus sebelum tarikh ini, jika tidak duit pelaburan anda akan 'burn'


Selamat menganalisis!!!

Gambate!!!

No comments:

Post a Comment