Alhamdulillah...
Di saat dan ketika ini sekali lagi Allah swt menurunkan ujian yang agak besar buat diriku dikala aku sedang mempersiapkan diri untuk menerima amanah yang cukup besar tidak lama lagi...setelah tahun 2011 di mana buat pertama kalinya Allah benar-benar menguji ketahananku yang sememangnya cukup rapuh, ini adalah ujianNya yang kedua yang membuatku agak 'terduduk'...pahit untuk ditelan namun ujian ini terjadi atas kesilapanku jua...niatku yang pada mulanya baik (baik bagi diriku dan mgkn tidak bagi Allah) tetapi dengan cara yang salah kerana mengkhianati perjanjian yang dibuat oleh diriku sendiri...sebenarnya tersembunnyi kisah semua ini terjadi selepas mendengar nasihat mentorku...mentorku tidak salah cuma aku cuba untuk memanipulasi nasihat tersebut...akhirnya aku terjerat...
Namun, aku tetap bersyukur padaNya kerana aku masih mampu menenangkan hati yang sentiasa gelisah dan tidak tenteram ini...mungkin pengalaman terdahulu sedikit sebanyak mengajarku mengawal perasaan dan keadaan...aku hanya mampu berdoa agar masalah ini cepat2 diselesaikan dan pihak yang cuba menggagalkannya disekat perancangannya oleh Allah swt...aku berpegang setiap kesulitan ada jalannya dan aku sgt2 yakin ade hikmah disebaliknya...
Syukur tidak terhingga kerana disebalik kesulitan yang sedang aku hadapi ini muncul insan yang dapat memahami situasiku...yang mampu meredakan 'ombak' dalam hati ini...semoga Allah memanjangkan jodoh kami sehingga ke syurgaNya =)
Gambate!!!
No comments:
Post a Comment