Home

Monday, 13 October 2014

Amanah!!!

Yeeehooo....

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah rahmatnya aku diberi kepercayaan memegang antara amanah yang agak besar dalam kehidupan manusia...majlis merinang berjalan dengan lancar dan tanpa cacat cela...terima kasih kepada bakal parents mertua dan bakal abang serta adik ipar yang sudi menerima kehadiran insan kerdil ini...cewaahhhh... =)

Dalam tempoh 7 bulan lagi, In Sha Allah aku akan memegang sepenuhnya amanah tersebut....gusar, risau, berdebar2, gembira, ceria semuanya bercampur2...aku harap segala halangan dapat ditempuhi dengan keredhaan dan rahmat dariNya...

Apabila hidup berdua, maka rombakan terhadap kehidupan terutama hal-hal kewangan perlu dirombak dan diteliti semula...buat masa ni aku hanya dapat merangka sebahagian perihal kewangan kerana sedang menghadapi masalah dalam 'perniagaan' emas aku...harap partner aka abang kawasan dapat mengendalikan masalah dan ujian yang sedang dihadapi dengan sebaik mungkin....

Itulah sebahagian cabaran yang sedang aku hadapi bagi menghadapi cabaran yang lebih besar lagi di masa hadapan...yakinilah bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuannya...setiap ujian pasti terselit hikmah yang kita tidak mampu menafsirkannya...

   

Gambate!!!  

No comments:

Post a Comment