Erghhhhhh...
Buat julung-julung kalinya selama 30 tahun diberi nafas di dunia ini aku menuju ke negative capital yang mana 'akaun tunai' (samada disimpan dlm bank atau di tangan) tidak mampu menanggung hutang yang akan datang melalui prediction aku sendiri...kemungkinan capital negative ini akan terjadi pada bulan Julai 2015 dengan beranggapan simpanan bulanan dibuat tanpa gagal dan tidak digunakan sehingga tempoh tersebut...
Di sini aku nyatakan situasi aku pada masa sekarang dan prediction untuk beberapa bulan akan datang:
Jumlah cash di tangan (di bank atau peti besi di rumah) pada tarikh hari ini: RM36,749
Jangkaan jumlah simpanan bulanan (Nov 14 - Jul 15) : RM16,200 (RM1,800/bulan)
Jumlah Cash (Jangkaan): RM52,949
Jumlah Hutang yang perlu di bayar bagi aktiviti pelaburan (sebenarnya dibayar):
Nov 14 : RM3,318 (ASB Loan)
Dec 14 : RM4,592 (ASB Loan)
Jan 15 : RM4,542 (ASB Loan)
Feb 15 : RM5.768 (ASB Loan)
Mac 15: RM5,768 (ASB Loan)
Apr 15 : RM5,768 (ASB Loan) + RM7,470 (Tebus Ar Rahnu)
May 15: RM5,768 (ASB Loan)
Jun 15 : RM5,768 (ASB Loan)
Jul 15 : RM5,768 (ASB Loan)
Jumlah Hutang Kene Bayar: RM54,530
Defisit: RM1,580
*Hutang di atas tidak termasuk hutang biasa (Kereta/rumah) dan bil bulanan
Jumlah defisit ini akan mula berlaku pada tempohnya (Julai 2015) sekiranya tiada pengambilan tunai sedia ada dan simpanan serta jumlah hutang tidak meningkat (BLR tidak berubah)....org ckp perancangan atas kertas dan realiti adalah 100% sama....tetapi masa depan tidak boleh dijangka....dan negative capital ini akan berlaku lebih awal kerana aku bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei 2015..perbelanjaan yang dijangka adalah sekitar RM25,000...
Buat masa ini aku memang agak buntu...malu untuk ceritakan kesilapan yang telah aku buat kepada mana2 pakar pengurusan kewangan...hanya yg dapat aku buat adalah tidak mengusik langsung cash sedia ada dan pastikan simpanan bulanan adalah tetap dan tidak akan diusik....memang agak tension memikirkannya tapi inilah ujian yang terpaksa aku tempuhi bagi mematangkan aku untuk hadapi ujian yang lebih besar pada masa hadapan...hanya doa dan tawakal senjata utama semoga ditunjukkan jalan keluar yang sebaik-baiknya...=)
Gambate!!!