Secara
amnya OD atau kemudahan Overdraft (Overdraft facility) adalah sejenis pinjaman
atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain
seperti housing loan, pinjaman kereta/kenderaan dan sebagainya. Ini kerana OD
sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan
tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.
Ciri-ciri OD :-
1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (menggunakan
kemudahan cek).
2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam
simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed
Deposit(FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).
3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan
kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu, jika anda
masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau
keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000
maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To
One Basis.
Kalau anda sudah lama dengan bank tersebut, manakala kedudukan kewangan baik,
rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa
yang anda cagarkan. Sebagai contoh, anda mencagarkan Fixed Deposit berjumlah
RM10,000, kemungkinan besar akan dapat RM20,000 OD.
4. OD ni boleh dipohon oleh pelanggan individu ataupun syarikat.
5. Persamaan OD dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan
Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini
merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.
Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-
> Kadar faedah OD = BLR – 1.5%
> kalau BLR semasa ialah 6.6% maka
> Kadar faedah OD anda = 6.6% - 1.5% = 5.1%
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 7% maka
kadar faedah OD anda juga naik menjadi 5.5% (7% - 1.5%)
Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-
1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate
Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Jadi, walaupun
ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza.
Kadar Flat rate adalah yang paling mahal.
6. OD juga boleh digabungkan dengan Pinjaman Perumahan (Housing Loan) - Sebagai
contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda sudah
membayar sebanyak RM40,000 dan baki pinjaman sebanyak RM60,000 maka pihak bank
akan memberi kemudahan OD sebanyak RM40,000. Itu juga, tertakluk kepada nilai
pasaran rumah anda itu. Keadaan ini juga, bergantung kepada pihak bank kerana
bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.
7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda - Jika anda
gunakan asset tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa
hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda sudah gunakan
sepenuhnya nilai OD anda, maka anda perlu selesaikan perbezaannya.
Sebagai Contoh:
=> Amount OD diluluskan - RM100,000
=> Nilai pasaran cagaran - RM90,000
=> Jumlah OD yang anda sudah dan sedang anda gunakan sebanyak RM100,000
=> Jumlah hutang yang perlu anda bayar serta-merta kepada bank ialah Jumlah
OD sudah digunakan ditolak jumlah cagaran iaitu RM100,000 - RM90,000.
8. Permohonan untuk OD agak sama dengan pinjaman-pinjaman yang lain terutamanya
jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah.
Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai
FD atau 95% nilai ASB anda. Tempoh permohonan adalah lebih cepat dan mungkin
boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana
OD anda itu mempunyai risiko yang terlalu rendah kepada bank. Bagi kemudahan OD
yang digabungkan bersama pinjaman perumahan, anda mungkin tidak memerlukan
permohonan baru kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda
itu.
9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja.
Jika anda tidak gunakan sesuatu jumlah wang dalam OD tersebut, jadi tiada
apa-apa feadah yang dikenakan.
10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk
jumlah OD yang tidak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tidak
menggunakannya tetapi bank telah pun 'standby' kan jumlah OD anda itu dan
menunggu untuk anda gunakan.
11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan
kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.
12.
Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab
jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki
RM2,000 yang masih tidak mencukupi itu akan secara automatik diambil dari
kemudahan OD anda itu.
Peringatan!!! Kemudahan OD amat berguna jika kita tahu manfaatkanya. Tetapi
jika salah guna ianya sama seperti penggunaan kad kredit di mana ianya boleh
membebankan anda.
Kelebihan OD ini ialah ianya satu kemudahan standby facility dan jika tidak
menggunakannya maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fees untuk mengekalkan
kemudahan ini. Jika anda sesak nafas dari segi kewangan dan memerlukan duit
segera maka anda tidak perlu pening-pening kepala guna kad kredit atau lagi
teruk pinjam dari Along……
Gambate!!!
Gambate!!!
No comments:
Post a Comment