Home

Sunday, 15 December 2013

AEBeliRumah!!!

Yang ni aku adaptasi tros drp blog AE untuk simpanan dan rujukan aku...bkn nk ciplak yokkk...Step yang perlu dilakukan bagi pembelian rumah subsale...

  1. Tengok dulu rumah yang nak dibeli sebab takut nanti umah tu takde bumbung ataupun toilet bowl seperti yang aku pernah alami dulu
  2. Kalau dah puashati bayar deposit kat ejen atau seller. Biasanya aku cuma bagi paling banyak pun 3% daripada harga rumah
  3. Minta copy Sale & Purchase Agreement (S&P) yang lama dari owner. Tak lupa juga, minta I/C seller sekali. Kedua2 dokumen ni penting untuk buat S&P baru.
  4. Cari lawyer yang boleh bagi legal fees paling ‘munasabah’ untuk urusan S&P dan dokumentasi loan korang.
  5. Suruh lawyer tu buat draf S&P dulu untuk loan submission kat bank. Bukan apa, kalau buat S&P dulu.. nanti korang kena bayar untuk S&P tu walaupun loan tak lulus.
  6. Submit loan ke bank. Tunggu sampai approve.
  7. Lepas approved, sign Letter Offer dan suruh lawyer prepare S&P yang betul.
  8. Bila S&P siap, ajak seller datang sign dan jangan lupa bayar duie legal fees kat lawyer dan remaining 7% downpayment kat seller (bergantung pada arrangement yang dah dibuat dengan kedua2 pihak).
  9. Biasanya lepas sign LO, bank akan appoint another lawyer untuk buat loan documentation tapi sebaik2nya gunakan lawyer yang sama dengan lawyer S&P untuk memudahkan urusan dokumentasi dan menjimatkan kos legal fees.
  10. Bila lawyer yang bank appoint tu dah prepare documents, datang untuk sign dan buat bayaran untuk documentation fees (banyak mana kena bayar bergantung pada arrangement dengan lawyer bank)
  11. Meantime, valuer akan kol korang untuk tengok rumah supaya diorang boleh buat valuation report.
  12. Bila valuation report dah siap, standby je la duit untuk bayar. Ini pun bergantung pada arrangement dengan valuer tu.
  13. Lawyer bank akan continue dengan documentation process. Korang cuma kena standby kredit henpon korang je untuk kol dan chase ‘the lawyer’ untuk cepatkan proses.
  14. Lepas semua documentation in order, korang kena chase pulak bank untuk keluarkan cek untuk seller.
  15. Bila dah bayar kat seller..amik kunci rumah dan start bersihkan sebelum bagi sewa tapi sebelum tu, korang kena make sure yang bil2 seperti bil api, air, IWK dan sebagainya dah ditukarkan ke nama korang.
  16. Carik penyewa dan enjoy dengan duit sewa dan kerenah diorang..

No comments:

Post a Comment