Home

Wednesday, 2 April 2014

3CajDalamSaham!!!

Hollaaaa lagikkkkkkk....

Saham...Saham...Saham...sukarnya memahamimu...sukarnya jatuh cinta padamu...sukarnya mendampingimu..namun, akan ku tetap mencuri hatimu sekaligus memilikimu...wakakaka...

Okes...serius2...Dalam transaksi permainan saham ade 3 caj yang akan dikenakan sama ada untung atau rugi...

1. Brokerage Fee
Caj yang dikenakan oleh broker kepada pelabur bagi setiap transaksi sama ada beli atau jual saham...beli kene caj, jual pon kene caj..setiap broker akan kenekan caj yang berbeza...(berbeza bagi normal trading account dan online trading account)...klu gune online trading akaun akan lebih murah..

Contoh caj melalui online/manual trading account yang disediakan oleh Ogosbank:
 caj melabur saham
2. Clearing Fee
Caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia bagi setiap kali transaksi jual beli saham...caj yang dikenakan adalah 0.03% daripada nilai transaksi..

3. Stamping Fee
Caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia bagi setiap kali transaksi jual beli saham...Setiap RM1,000 nilai transaksi akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 jerkkkk....

Contoh:

Azra beli saham ESY Berhad pada harga RM2.00 seunit sebanyak 1,000 unit melalui online trading platform yang disediakan oleh broker...Maka total fee yang dikenakan adalah:

Brokerage Fee

RM2.00 X 1,000 unit X 0.42% = RM8.40

Oleh kerana minimum brokerage fee (online) adalah RM12, maka Azra dikenakan caj sebanyak RM12..kikiki...

Clearing Fee

RM2.00 X 1,000 unit X 0.03% = RM0.60 (elehhh..sketnye...kikiki)

Stamping Fee

1,000 unit pertama = RM1.00
1,000 unit kedua = RM1.00
Total : RM2.00

Makanya, Total Fee yang perlu dikenakan ke atas Azra bagi 1,000 unit saham yang bernilai RM2/unit adalah RM12 + RM0.60 + RM2.00 = RM14.60

Gambate!!!


No comments:

Post a Comment