Home

Sunday, 10 November 2013

MRT!!!

Holaaaa!!!

Baru aku tau setelah berzaman-zaman hidup kat malaysia ni yang Projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT/Mass Rapid Transit) KL ni meliputi kepanjangan perjalanan 150 km dan kos pembinaannya dianggarkan RM36.6 billion...sape-sape yang kurang familiar dengan angka billion ni, ia bersamaan RM36,600,000 (36 ribu 6 ratus juta)...WoWoW!!!



Pembinaan projek ni dh dimulakan pada pada Julai 2012 dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang meliputi 60 km (40%) daripada jarak keseluruhan projek tersebut. Projek ni dijangka siap keseluruhannya pada tahun 2016...seswai dengan matlamat Malaysia sebagai negera maju menjelang tahun 2020...


Projek MRT ini bakal memberi kesan ekonomi kepada kawasan sekitarnya seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang yang mana kawasan ini digelar sebagai 'Greater KL' oleh PM Najib sewaktu melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada tahun 2010 yang lalu...ETP ini akan memacu Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020...



Jadi, ape yang bole kite ambil drp projek ini adalah kemungkinan nilai hartanah di kawasan tersebut akan mengalami kesan yang positif dalam tempoh dekad yang terdekat...pada pendapat aku yang bukan pakar ekonomi dan hartanah, buat masa skg ni ada antara kawasan yg disebutkan td masih muram dan tiada tanda ekonomi akan 'BOOOM' di kawasan tersebut...mgkn tafsiran aku salah sbb hanya berdasarkan bacaan dan pemerhatian..tapi aku harap kawasan tersebut akan 'BOOOM' nanti sebab aku sedang usha beberapa area di sana utk sasaran pemilikan hartanah kerana valuenya masih rendah berbanding bandar-bandar besar yg menjadi tumpuan....



adios...  

No comments:

Post a Comment