Home

Tuesday, 22 July 2014

KESAN-KENAIKAN-BLR!!!

Salam Ramadhan ke-24....

Buat mase ni, kecoh di kalangan pelabur dan peminjam di Malaysia berkenaan Bank Negara yang telah menaikkan OPR (Overnight Policy Rate) dari 3% kpd 3.25%...OPR ni Bank Negara kenakan pada bank....so, untuk cover kenaikan kos tersebut, seperti biasa kos ini akan ditransfer plak kepada peminjam...maka, secara langsungnya BLR (Base Lending Rate) menokok dari 6.6% kepada 6.85%...dh tentulah peminjam yang akan terasa bahangnya...bank rilex jer....yang terasa bahang, panas, suam adalah mereka yang buat loan yang tinggi...klu pinjam amaun yg kecik tu xterasa sgtlah..just naik 2-5 hingget jerk....kikiki...


So, kali ni aku tempelkan penulisan drp satu blog ni berkenaan kesan kenaikan OPR/BLR....moh ler click kat SINI ...bagi aku pendapat die ni agak berbeza dengan yang lain sebab melihat dr sudut pandang yang berbeza...klu pandang kat tempat same mmgla nmpk samakan...lolz...ekekeke...


Gambate!!!


Friday, 18 July 2014

SECEBIS-KEHIDUPAN!!!

Salam Jumaat dan Salam Ramadan yang ke-20...

Berbaki 10 hari lagi untuk mendapatkan ganjaran dan nikmat Ramadan...berlalu je bulan ramadan nanti, pasti ada yang menyesal kerana tidak memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan keberkahan tuh...termasukla aku...lumrah manusia bila ade depan mate xnk grab those peluang dengan pelbagai alasan =(

Rasa dah lama tak menukilkan something utk mengadu di blog cabuk nih...banyak cerita tapi buat2 bizi...banyak perancangan tapi malas memikirkan di sini...mungkin dalam sebulan akan datang banyak yang akan aku luahkan di sini untuk tatapan aku bila menjelang tua nanti...kikiki...

Pagi ni terbaca sesuatu yang aku boleh rasakan dan ingin rasakan dalam sebuah rumahtangga...click SINI untuk menyelami dan mengalaminya...semoga bermanfaat =)

Gambate!!!

Monday, 7 July 2014

MENGIRA-BAKI-PERSONAL-LOAN!!!

Salam Ramadhan yang ke-9...

Kali ni direct to the point...i wanna share sumting about personal loan...how to calculate ur personal loan balance???....hohoho ^_^

Perkara yang perlu kita tahu adalah:
a) Jumlah interest
b) Bayaran sebulan (installment)
c) Rebat
d) Jumlah pinjaman yang telah dibayar
e) Jumlah keseluruhan pinjaman

Okes, let say aku buat pinjaman sebanyak RM80,000 selama 10 tahun dengan kadar interest 3.4% dengan Bank XYZ....selepas 5 tahun, aku rase aku dh byk duit dan nak settlekan personal loan yang memeningkan kepala nih...kikiki...so, camne aku nk tahu balance pinjaman yang aku perlu langsaikan??? ini adalah prediction semata2 sbb perlu ambil kira jgk kadar BLR semasa dlm tempoh pinjaman berkuatkuasa...

1) Berapa jumlah keseluruhan interest bagi pinjaman sebanyak RM80,000?

= Jumlah pinjaman x kadar interest setahun x bil. tahun
= RM80,000 x 3.4% x 10 tahun
= RM27,200

2) Berapa bayaran bulanan (installment)?

=  (Amaun pinjaman + jumlah interest) / bil. bulan pembiayaan
= (RM80,000 + RM27,200) / 120 bulan
= RM893.33

3) Berapa rebat yang diperolehi jika langsaikan pinjaman awal?

= Jumlah interest x *(bil. bulan yang tinggal) / *(tempoh pembiayaan)

*n x (n+1) / 2

= RM27,200 x [60 x (60+1)/2] / [120 x (120+1) / 2]
= RM27,200 x (1,830/7,260)
= RM6,856.20

4) Berapa jumlah bayaran pinjaman yang telah dibuat?

= Bayaran bulanan x jumlah bulan dibayar
= RM893.33 x 60 bulan
= RM53,599.80

5) Berapa jumlah keseluruhan amaun yang perlu dibayar?

= Amaun pinjaman + jumlah interest
= RM80,000 + RM27,200
= RM107,200

6) So, cmne nk kire baki pinjaman selepas 5 tahun?

= Jumlah keseluruhan amaun yang perlu dibayar- jumlah pinjaman yang telah dibuat - rebat
= RM107,200 - RM53,599.80 - RM6,856.20
= RM46,744

Maka, aku perlu membayar sejumlah RM46,744 untuk langsaikan pinjaman nih...yabedabeduuuuuu...


Gambate!!!